Rugi Ke Jadi Pelajar Agama ?

Assalammualaikum semua.

Salam Ramadhan. Selamat menjalani ibadah puasa..


Puasa tak tu???

Hahaha.. Jangan jadi geng plastik hitam ye anak-anak sekalian...

Aku baru habis first paper tadi. Kira dah lega lah sikit. Tapi takdelah nak relaks sangat, ada lagi 5 paper hardcore tengah beratur panjang tu.. Ayyooo...

Nevermind, yang tu kita settle sat lagi lah nohh.. Sekarang aku nak share dengan korang satu cerita pasal diri aku yang aku rasa bersyukur sangat sampai sekarang. Betullah kan Allah itu Maha Bijaksana. Perancangan dan takdirNya adalah yang terbaik bagi kita.

Dulu lepas habis UPSR aku minta dengan Ummi Ayah nak masuk sekolah maahad kat Kelantan. Masa tu alhamdulillah, result aku kira oklah juga, 5A. Ummi Ayah aku memang takda masalah pun sebab memang Ummi Ayah nak masukkan aku ke sekolah agama.

Family part memang tak ada apa-apa masalah. Yang jadi masalah masa tu adalah masyarakat sekeliling aku. Masa tu masyarakat still rasa kalau belajar sekolah agama nanti tak ada kerja. Tak boleh cari makan katanya. Kalau kerja pun setakat jadi ustaz ustazah jelah. Takde nya jadi doktor, engineer atau apa-apa pekerjaan profesional yang lain.

Masa tu yang kena hadap dan jawab segala jenis pertanyaan yang kadang-kadang beserta perlian dan hinaan adalah Ummi aku. Kasihan Ummi aku. Aku pulak hadap jelah orang nak kata apa, sebab yang belajar aku, yang tanggung aku Ummi Ayah aku. Selagi Ummi Ayah aku redha kenapa aku nak susahkan diri fikirkan apa orang nak kata tentang aku.

Sampailah bila aku berjaya menempatkan diri dalam program matrikulasi, aliran sains, orang-orang yang dulu kata macam-macam mula ubah persepsi. Alhamdulillah.

Tapi point utama sekarang, bukan tentang masyarakat yang aku nak ketengahkan. Tapi berkaitan belajar agama. Memang rugi ke? Takde masa depan yang cerah ke?

Tak sahabat-sahabat sekalian.

Alhamdulillah, sikit pun tak rugi bahkan menguntungkan.

Mungkin orang rasa kalau masuk sekolah agama/maahad ni belajar subjek agama je la kot. Tapi realitinya kami pun belajar sama macam pelajar lain cuma ada penambahan subjek agama. Kami kena ambil lebih kurang 21 subjek termasuk subjek teras dan diniah.

Fuhhh... banyakkan? Tapi tulah. Masa belajar dulu tak ada pula masalah nak score macam di universiti sekarang :p

Senang kata semua sama kecuali penambahan subjek diniah sahaja.

Apa yang best lagi belajar di maahad adalah bila kita dapat kesempatan tadah kitab dengan asatizah yang alim. Sepanjang 5 tahun belajar di Kelantan, Alhamdulillah sempatlah tadah beberapa kitab.

Aku bersyukur sangat Allah bagi peluang untuk aku belajar agama masa sekolah lagi. Sekurang-kurangnya bolehlah aku buat kegunaan dalam hidup aku. Contoh mudah dalam tajwid bacaan Al-Quran dan feqah. Bukanlah arif semua, tapi Alhamdulillah tahu sikit-sikit hukum.

Semua benda ni aku baru realize sekarang. Dulu masa ustaz ustazah kata fokus betul-betul tak nak dengar. Rupanya sangat penting untuk aku apply dalam hidup aku sekarang.

Hemmm.. tetiba aku rindu nak masuk sekolah balik. Rindu biah solehah kat sekolah.

Ok sekarang kita move kepada bab kerjaya pula.

Betul ke kalau masuk maahad, belajar agama akan jadi ustaz ustazah je?
Tapi apa salahnya kalau jadi ustaz ustazah? Faqih dengan agama, takkan tak nak kot???

Ramai je kawan-kawan dan senior-senior aku sambung pelajaran dalam aliran lain. Ada yang sambung perubatan, perundangan, akauntan, ekonomi dan sebagainya. Lepasan maahad ramai je diluar sana yang dah pun jadi doktor perubatan, peguam, hakim, jurutera , pakar ekonomi , tapi tulah ramai yang tak tahu latar belakang pendidikan mereka.

Jadi kenapa nak takut kalau belajar agama? Rezeki semuanya Allah tentukan, bukan manusia.
Allah SWT juga akan mengangkat orang-orang yang berilmu dengan beberapa darjat berdasarkan firman-Nya:
يَرْفَعِ اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ
Maksudnya: “Supaya Allah SWT meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan Agama (daripada kalangan kamu) dengan beberapa darjat”. [Al-Mujadalah:11]
Berdasarkan firman Allah SWT ini, ia menunjukkan akan wujudnya ganjaran di akhirat dan karamah (kemuliaan) di dunia. Maka dengan itu, diangkat orang yang beriman daripada orang yang tidak beriman dan orang yang alim daripada orang yang bukan alim. 
Telah berkata Ibn Mas’ud RA bahawa Allah SWT telah memuji ulama’ di dalam ayat ini iaitu Allah SWT mengangkat orang-orang beriman yang diberi ilmu di atas orang-orang beriman yang tidak diberikan ilmu dengan beberapa darjat. [Lihat: Tafsir al-Qurthubi,17/299]
Allah... tengok tu betapa besarnya ganjaran menuntut ilmu, apatah lagi kalau ilmu agama kan???
Jadi sebagai kesimpulannya, marilah sama-sama kita usaha untuk belajar ilmu agama lagi. Masih belum terlambat untuk kita belajar mengenal Allah sampailah nanti tiba ajal kita.
Oklah sampai sini sahaja entry kali ini. Lain kali aku tulis lagi ye :D 
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
P/s aku nak attach gambar sekolah tapi gambar-gambar dalam laptop aku yang rosak. Nanti dah ok laptopnya, aku edit letak balik ok?

Comments

Popular posts from this blog

Syukur Selalu

Teman yang bagaimana?