Syukur Selalu
Macam yg aku janjikan di Instagram, aku nak update blog semalam. Tapi almaklum ter'kiyok' awal.. Maafin gue ya..
So dalam 5 hari sebelum ni adalah aku tanya di story IG nak aku tulis tentang apa. So adalah 4 orang yang respon. Kira ok la kan dari tak ada langsung kan?
p/s Tolong la follow IG aku dan meletupkan blog ni. Baru aku rajin nak menulis bebanyak. Nah aku bagi link IG aku. Jom follow ramai2.
Ada yang suruh aku tulis pasal memori-memori zaman sekolah dulu, pasal kawan-kawan. Pasal jodoh dan rumah tangga pun ada. Tapi aku tertarik dengan responden yang keempat, bersyukur sebelum nikmat pergi.
Macam best pula kan tajuk ni?
So untuk entri kali ni aku nak tulis tentang tajuk Syukur. Hopefully korang enjoylah baca.
Allah telah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 152,
فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلَا تَكْفُرُونِ
Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku.
Dalam Surah Ali Imran ayat 145, Allah telah berfirman berkaitan balasan bagi orang-orang yang bersyukur:
وَمَا كَانَ لِنَفْسٍ أَنْ تَمُوتَ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ كِتَابًا مُؤَجَّلًا ۗ وَمَنْ يُرِدْ ثَوَابَ الدُّنْيَا نُؤْتِهِ مِنْهَا وَمَنْ يُرِدْ ثَوَابَ الْآخِرَةِ نُؤْتِهِ مِنْهَا ۚ وَسَنَجْزِي الشَّاكِرِينَ
Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barang siapa menghendaki pahala dunia, nescaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barang siapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat itu. Dan kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.
Alhamdulillah, hari ni Allah masih beri peluang untuk hidup dalam keadaan beriman kepadaNya. Masih mampu bernafas dan bergerak dengan baik. Bahkan terlampau banyak nikmat lagi yang kita sepatutnya bersyukur. Kita selalu rasa bahawa ujian dan dugaan dari Allah itu bukan sebahagian nikmat yang patut disyukuri. Sebenarnya kita salah selama ini.
Dengan ujianlah sebenarnya Allah nak angkat lagi darjat kita. Nak test kesabaran kita. Bahkan Allah sebenarnya nak beri kita hikmah yang sangat besar di sebalik ujian yang kita tempuh tu. Jadi, adakah kita tak patut bersyukur Allah nak beri 'hadiah' buat kita?
Cerita tentang syukur ni aku teringat masa aku tingkatan 1 dulu.
Aku dulu memang selalu pertikai kenapa ayah ummi jual bundle. Kenapa tak kerja macam orang lain? Kenapa tak kaya macam orang lain? Soalan-soalan macam tu selalu aku nak tanya pada ummi ayah tapi aku tak sampai hati agaknya.
Sampailah satu hari tu, aku pertikaikan kerja ummi ayah depan seorang cikgu ni. Aku kena marah teruklah juga. Cikgu kata kat aku, tak kisah lah mak ayah kerja apa, janji rezeki tu halal.
Bila dah besar ni, aku baru sedar. Rupanya betullah bila kita bersabar dengan setiap ujian tu, ada hikmah besar yang dijanjikan Allah.
Aku sangat bersyukur, family aku family yang sangat sederhana tapi bahagia. Aku ada ummi ayah yang sangat memahami dan selalu sokong aku. Aku ada kakak yang baik, adik-adik yang menghormati aku. Bahkan aku sangat bersyukur, dengan ujian kesusahan hidup waktu kecil dulu buatkan aku tabah hadapi segala ujian sekarang.
Dulu aku malu nak cerita ummi ayah aku jual bundle. Tapi hari ni aku tak malu pun nak bagitahu aku anak yang dibesarkan dari hasil jualan bundle ummi ayah aku. Sampai boleh masuk universiti. Syukur Alhamdulillah.
Bak kata ummi aku, tak expect pun nak ada apa yg ummi ayah aku ada sekarang.
Masa aku kecik-kecik dulu banyak dihabiskan dalam pasar malam dan atas lori milik ayah aku. Pernah ummi cerita masa mula-mula berniaga dulu dapat RM10 je. Tapi ummi kata ummi dah rasa syukur sangat. Ummi doa lagi agar Allah tambah lagi rezeki untuk hari-hari berikutnya. Sampailah sekarang.
Betullah. Bila kita bersyukur dengan apa sahaja kurniaan Allah, Allah tambah lagi. Kalau dulu aku tengok tv yg boxnya habuk kayu tu, sekarang Allah bagi tv lcd. Kalau dulu makan di kedai lama-lama sekali, sekarang Allah beri rezeki yang melimpah ruah.
Yang penting kita jangan lupa Allah, bersyukur dan banyakkan usaha.
Lagi satu, what ever it is yang kita alami, jangan cepat mengeluh. Jangan banyak complain itu ini.
Itu tak kena, ini tak kena.
Kita sebenarnya kena banyak ambil pedoman dari saudara kita yang berada dalam kesusahan dan peperangan. Contohnya seperti Gaza, Palestin dan Syria.
Walaupun mereka hidup dalam keadaan ketakutan, mereka tak pernah mengeluh dengan dugaan peperangan tersebut. Bahkan ada yang mengimpikan syahid. Kalau lah kita, agak-agak mampu tak?
Anak-anak kecil mereka, walaupun dalam waktu peperangan masih lagi berusaha ke sekolah. Kalau bab makan mereka sangat tak berkira. Kalau tak ada makanan mereka puasa. Ada roti walaupun yang dijumpai dalam tong sampah, mereka kata ini rezeki, syukur masih boleh dimakan.
Percayalah, lagi banyak kita bersyukur dengan apa sahaja yang kita ada, kita akan lebih tenang, lebih bahagia. Kita akan menjadi manusia yang akan lebih menghargai apa jua nikmat kurniaan Allah. Kita akan jadi manusia yang lebih suka memberi dan membantu orang lain.
Ok lah. Aku rasa entry aku kali ni sampai sini je dulu.
Ada rezeki aku tulis lagi.
Bye. Assalammualaikum.
Yang penting kita jangan lupa Allah, bersyukur dan banyakkan usaha.
Lagi satu, what ever it is yang kita alami, jangan cepat mengeluh. Jangan banyak complain itu ini.
Itu tak kena, ini tak kena.
Kita sebenarnya kena banyak ambil pedoman dari saudara kita yang berada dalam kesusahan dan peperangan. Contohnya seperti Gaza, Palestin dan Syria.
Walaupun mereka hidup dalam keadaan ketakutan, mereka tak pernah mengeluh dengan dugaan peperangan tersebut. Bahkan ada yang mengimpikan syahid. Kalau lah kita, agak-agak mampu tak?
Percayalah, lagi banyak kita bersyukur dengan apa sahaja yang kita ada, kita akan lebih tenang, lebih bahagia. Kita akan menjadi manusia yang akan lebih menghargai apa jua nikmat kurniaan Allah. Kita akan jadi manusia yang lebih suka memberi dan membantu orang lain.
Ok lah. Aku rasa entry aku kali ni sampai sini je dulu.
Ada rezeki aku tulis lagi.
Bye. Assalammualaikum.
Tahniah,tengah tunggu coretan seterusnya.
ReplyDeleteinsyaAllah will do.
DeleteSo dalam 5 hari sebelum ni adalah aku tanya di story IG nak aku tulis tentang apa. So adalah 4 orang yang respon. Kira ok la kan dari tak ada langsung kan?
ReplyDeleteLukQQ
Situs Ceme Online
Agen DominoQQ Terbaik
Bandar Poker Indonesia