Posts

Showing posts from March, 2019

Salam Perkenalan Tautan Hati.

Image
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam perkenalan buat semua. Terima kasih kerana sudi singgah di ruangan ini. Tak sangka ada juga yang sudi jengah. Saya akan cuba semaksima mungkin mengisi ruangan ini dengan perkongsian, pendapat dan apa sahaja yang dapat memberikan pahala buat kita semua. Insya-Allah. Oh, ya. Mungkin sudah ada yang kenal saya, mungkin ada yang belum. Tapi tak mengapa. Saya akan perkenalkan diri juga. :) Nama diberi, Najihah bt Marzuki. Orang yang berjaya maksudnya. Ummi dan Ayah yang beri nama tersebut. Mudah diingat dan lekat dijiwa bukan? Justeru, semakin ramai yang memanggil nama saya, semakin banyak doa-doa supaya berjaya saya peroleh. Terima kasih. Saya masih seorang penuntut di sebuah universiti tempatan dalam bidang kejuruteraan kimia. Berasal dari Kelantan dan menetap di Selangor. Alhamdulillah, Allah kurniakan saya sebuah keluarga kecil yang sangat bahagia. Punya Ummi yang me...