Posts

Teman yang bagaimana?

Assalammualaikum wrahmtullahi wabarakatuh. Kehidupan sebagai manusia lumrahnya memerlukan teman. Pasti sekali tanpa ada teman di sisi kehidupan kita akan sunyi dan sepi. Akan tetapi, teman yang bagaimana perlu kita cari?  Rasulullah SAW menggariskan beberapa perkara bagi memilih teman atau kawan yang baik, antaranya : Hendaklah bersahabat dengan orang yang bertakwa dan beriman Sabda Baginda bermaksud:"Jangan kamu bersahabat melainkan dengan orang yang beriman dan jangan berikan makan kecuali kepada orang yang bertakwa." (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi). Hindari daripada berkawan dengan yang buruk perangai dan akhlaknya Ibn Asakir menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Jauhilah kawan yang buruk (akhlak dan perangainya), kamu akan dikenali sepertinya." Sabda Baginda lagi : "Seseorang itu berada atas cara hidup kawannya, maka perhatikanlah tiap seorang daripada kamu, siapakah yang didampinginya." (Hadis riwayat at-T...

Rugi Ke Jadi Pelajar Agama ?

Image
Assalammualaikum semua. Salam Ramadhan. Selamat menjalani ibadah puasa.. Puasa tak tu??? Hahaha.. Jangan jadi geng plastik hitam ye anak-anak sekalian... Aku baru habis first paper tadi. Kira dah lega lah sikit. Tapi takdelah nak relaks sangat, ada lagi 5 paper hardcore tengah beratur panjang tu.. Ayyooo... Nevermind, yang tu kita settle sat lagi lah nohh.. Sekarang aku nak share dengan korang satu cerita pasal diri aku yang aku rasa bersyukur sangat sampai sekarang. Betullah kan Allah itu Maha Bijaksana. Perancangan dan takdirNya adalah yang terbaik bagi kita. Dulu lepas habis UPSR aku minta dengan Ummi Ayah nak masuk sekolah maahad kat Kelantan. Masa tu alhamdulillah, result aku kira oklah juga, 5A. Ummi Ayah aku memang takda masalah pun sebab memang Ummi Ayah nak masukkan aku ke sekolah agama. Family part memang tak ada apa-apa masalah. Yang jadi masalah masa tu adalah masyarakat sekeliling aku. Masa tu masyarakat still rasa kalau belajar sekolah agama nanti tak ada...

Syukur Selalu

Image
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Semoga semua pembaca dirahmati Allah selalu hendaknya. Macam yg aku janjikan di Instagram, aku nak update blog semalam. Tapi almaklum ter'kiyok' awal.. Maafin gue ya.. So dalam 5 hari sebelum ni adalah aku tanya di story IG nak aku tulis tentang apa. So adalah 4 orang yang respon. Kira ok la kan dari tak ada langsung kan? p/s Tolong la follow IG aku dan meletupkan blog ni. Baru aku rajin nak menulis bebanyak. Nah aku bagi link IG aku. Jom follow ramai2. https://www.instagram.com/najihahmarzuki_/ Ada yang suruh aku tulis pasal memori-memori zaman sekolah dulu, pasal kawan-kawan. Pasal jodoh dan rumah tangga pun ada. Tapi aku tertarik dengan responden yang keempat, bersyukur sebelum nikmat pergi. Macam best pula kan tajuk ni? So untuk entri kali ni aku nak tulis tentang tajuk Sy ukur. Hopefully korang enjoylah baca. Allah telah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 152, فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْ...

Salam Perkenalan Tautan Hati.

Image
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam perkenalan buat semua. Terima kasih kerana sudi singgah di ruangan ini. Tak sangka ada juga yang sudi jengah. Saya akan cuba semaksima mungkin mengisi ruangan ini dengan perkongsian, pendapat dan apa sahaja yang dapat memberikan pahala buat kita semua. Insya-Allah. Oh, ya. Mungkin sudah ada yang kenal saya, mungkin ada yang belum. Tapi tak mengapa. Saya akan perkenalkan diri juga. :) Nama diberi, Najihah bt Marzuki. Orang yang berjaya maksudnya. Ummi dan Ayah yang beri nama tersebut. Mudah diingat dan lekat dijiwa bukan? Justeru, semakin ramai yang memanggil nama saya, semakin banyak doa-doa supaya berjaya saya peroleh. Terima kasih. Saya masih seorang penuntut di sebuah universiti tempatan dalam bidang kejuruteraan kimia. Berasal dari Kelantan dan menetap di Selangor. Alhamdulillah, Allah kurniakan saya sebuah keluarga kecil yang sangat bahagia. Punya Ummi yang me...